Pernahkah anda terfikir mengapa nombor pendaftaran Perak bermula dengan huruf A bukannya P seperti mana Pulau Pinang.
Pemilik pertama kereta di Tanah Melayu sebenarnya berasal dari Perak kerana itulah nombor plat Perak bermula dengan huruf A.
Sebelum ini nombor plat kereta perak didaftarkan di bawah PK. Perubahan daripada ‘PK’ kepada ‘A’ berlaku selepas Pentadbiran Tentera British memulakan semula sistem pada tahun 1945 untuk mengelak kekeliruan dengan nombor plat kenderaan dari Singapura, Selangor dan Pulau Pinang.
Kemudian huruf B diberikan buat Selangor kerana negeri kedua yang mendaftarkan pemilikan kereta, diikuti Pahang dengan huruf C dan kemudian Kelantan yang mana nombor plat bermula dengan huruf D.
Penggunaan nombor plat mengikut awal huruf setiap negeri misalnya J untuk Johor, K (Kedah) dan M (Melaka) diteruskan sehingga sekarang.
Bagaimanapun Perlis perlu menggunakan R kerana P sudah digunakan oleh Pulau Pinang.
Bahkan Kuala Lumpur yang sebelum ini menggunakan nombor plat W kini berubah kepada V sejak Julai 2016.
Sabah pula menggunakan huruf S hanya selepas 1963 menggantikan plat E.
Huruf Q pula diberikan kepada Sarawak.
Berikut nombor pendaftaran kenderaan mengikut negeri:
Perak A
Selangor B
Pahang C
Kelantan D
Putrajaya F
Johor J
Kedah K
Langkawi KV
Labuan L
Melaka M
Negeri Sembilan N
Pulau Pinang P
Perlis R
Sarawak Q
Sabah S
Terengganu T
Kuala Lumpur (siri 1 ) W Kuala Lumpur (siri 2) V
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.