Categories: Kesihatan

Jaga Keradangan Arteri dan perhati 6 tanda serangan sakit jantung

This post has already been read 152 times!

Kita semua tahu bahawa mencegah penyakit adalah lebih baik daripada merawatnya.

Kolesterol sentiasa dipersalahkan kerana menjadi sebab kepada serangan jantung.

Kajian terkini mendedahkan kolesterol sebenarnya berada di sesuatu lokasi dalam arteri untuk membaiki masalah keradangan.

Hati manusia mengeluarkan 80% kolesterol secara semulajadi. Mana mungkin kolesterol menjadi penyebab kepada sumbatan arteri jantung.

Sebenarnya keradangan sentiasa berlaku kerana pengambilan gula dan makanan proses. Keradangan menyebabkan bengkak dan kecederaan kepada dinding arteri.

Ini menyebabkan kolesterol sentiasa tinggi dalam darah untuk membaiki kerosakan arteri akibat keradangan.

Keradangan yang teruk menyebabkan bengkak sehingga menyukarkan kelancaran aliran darah.

Hal ini boleh mencetuskan serangan jantung.

Kesimpulannya Keradangan kronik adalah punca kepada masalah jantung dan peredaran darah, termasuk aterosklerosis, yang boleh menyebabkan serangan jantung dan strok.

6 TANDA SERANGAN JANTUNG

1. MUDAH PENAT
Salah satu gejala utama adalah kepenatan. Buat sedikit kerja fizikal seperti berjalan kaki jarak 5-10 meter pun menyebabkan rasa penat.

2. SAKIT PERUT
Sakit perut, perut bermasalah atau perut buncit adalah salah satu simptom serangan jantung yang paling biasa. Sakit perut sekejap hilang tetapi kemudiannya muncul kembali.

3. INSOMNIA
Masalah sukar tidur nyenyak, bangun awal dan rasa loya dan mudah gementar.

4. ARITMIA
Aritmia bermaksud degupan jantung tidak seimbang. Sekejap tinggi sehingga 160 bpm atau keatas dan sukar untuk turun keparas 80-100 bpm.

Walau bagaimanapun, kadar denyutan jantung juga boleh meningkat disebabkan oleh latihan fizikal, terutamanya dalam kes dengan keadaan aterosklerosis. Kebiasaannya degupan akan kembali stabil selepas satu atau dua minit.

Jika ia kekal lebih lama, anda juga akan berasa sedikit pening dan keletihan yang melampau. Jika ini berlaku, hubungi doktor anda dengan segera.

5. PELUH BERLEBIHAN
Tanda pertama yang menunjukkan serangan jantung adalah berpeluh luar biasa. Ia boleh berlaku bila-bila masa.

Kadang-kadang berlaku atas faktor wanita menopaus.

Anda juga mungkin mengalami kulit berpeluh dan selesema. Ia boleh menjadi sangat berlebihan pada waktu malam sehingga anda mungkin bangun dengan cadar basah.

6. SAKIT DADA
Sakit dada boleh dialami oleh lelaki dan wanita. Lelaki tidak perlu mengabaikan gejala ini. Kesakitan jenis ini berlaku di kedua-dua belah tangan, terutamanya di sebelah kiri. Juga, rahang bawah, leher, bahu, malah perut. Ia juga boleh berlaku secara sekejap dan lama.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

bicaraminda

Recent Posts

Kesihatan Mental rakyat Kelantan perlu rawatan jangan diabaikan

KOTA BHARU, 14 Mei (Bernama) -- Masalah kesihatan mental rakyat Kelantan yang dibiarkan tanpa rawatan…

38 mins ago

Perangkap wayar di SUKE menyebabkan kecerderaan

Seorang penunggang motosikal di lebuh raya SUKE cedera terkena perangkap wayar pada petang Isnin. Dalam…

3 hours ago

Selepas 2 tahun ganja dihalalkan, Thailand kembali mengharamkannya

BANGKOK — Perdana Menteri Thailand, negara pertama di Asia yang menghalalkan ganja dua tahun lalu,…

3 hours ago

Gangguan bekalan air di Lembah Klang 5-7 Jun 2024

Lapan wilayah di Selangor dan Kuala Lumpur dijangka mengalami gangguan bekalan air pada 5 hingga…

10 hours ago

(VIDEO) Malaysia Terima Peluru Berpandu Anti-Kereta Kebal “KARAOK” Keluaran ROKETSAN Pada 2026

(VIDEO) Perkara itu disahkan oleh Pengurus Serantau bagi Asia Tengah dan Timur Jauh ROKETSAN, Peluru…

1 day ago

Penggodam Korea Utara curi data dari komputer mahkamah Korea Selatan: Polis

SEOUL: Penggodam Korea Utara mencuri data sensitif, termasuk rekod kewangan individu, daripada rangkaian komputer mahkamah…

1 day ago