Mengapa tabung derma Palestin tidak diserahkan kepada Kerajaan Palestin.

This post has already been read 202 times!


Soalan yang dilontarkan oleh
Duta Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali dalam satu sidang media seolah olah memberi isyarat bahawa tabung derma untuk rakyat Gaza berjumlah jutaan ringgit tidak diserahkan melalui kerajaan Palestin.



Negara Palestin ialah sebuah negara berdaulat yang diiktiraf separa, serupa dengan Kosovo dan Taiwan, yang kini diklasifikasikan sebagai “negara pemerhati bukan anggota” oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Sehingga April 2022, Sebanyak 138 daripada 193 anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (dan seorang pemerhati) telah mengiktiraf kedaulatan Palestin.

Gaza ialah sebuah wilayah dalam negara Palestin. Tindakan ejen penderma Islam mengagihkan derma tanpa melalui kerajaan Palestin ialah isyarat jelas tidak mengiktiraf kewujudan Negara Palestin.



Perkara ini amat menyedihkan dan satu kegembiraan kepada Israel kerana penderma Islam sendiri memencilkan kerajaan Palestin.

Duta Palestin itu menasihatkan
rakyat Malaysia supaya berhati-hati mengambil perhatian kepada pelbagai tabung dana Palestin bagi mengelak diekploitasi oleh pihak tidak bertanggungjawab yang hanya menangguk di air yang keruh.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   Lapangan Terbang Terbesar didunia