Amaran Serangan siber keatas domain dan infrastruktur Malaysia

This post has already been read 224 times!

Rujukan NC4 Public NC4-ALR-2023-000004

Sedang tular rancangan penggodam pro Israel bertindak balas ekoran bantahan keras kerajaan dan rakyat Malaysia berkenaan tindakan pengeboman oleh tentera Israel keatas rakyat Palestin di Gaza.

Krisis yang sudah berlarutan selama lebih dari seminggu kini mendapat kecaman pelbagai pihak seluruh dunia termasuk Malaysia.

Kritikan keras dari Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu perhimpunan menyokong perjuangan Palestin di Stadium Axiata pada 24 Oktober 2023 barangkali telah menyebabkan pihak tertentu merancang tindak balas.

Pusat Koordinasi dan Perintah Siber Kebangsaan (NC4) sedang memantau dengan teliti kempen siber untuk melumpuhkan domain serta infrastruktur internet Malaysia.

Penggodam dilaporkan telah mengumpulkan dan melancarkan serangan siber termasuk kemudahan internet, kebocoran dokumen dan serangan DDOS.

.

Beberapa pelaku ancaman pro-Israel telah dikenal pasti mempunyai rekod melancarkan serangan siber terhadap sektor Infrastruktur Maklumat Negara Kritikal (CNII) di Malaysia pada masa lalu.

Dalam minggu-minggu akan datang, dijangkakan terdapat peningkatan dalam aktiviti oleh penggodam Pro-Israel.

Laporan NC4 sini

Makluman 26-Okt-2023 16:55:36

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   Mengerikan rupa DEATH ROAD Bolivia