Untuk membudayakan inovasi asas utama ialah pengetahuan dan semangat kreativiti kental.
Untuk menghasilkan idea baharu atau menambah baik idea sedia ada, seseorang itu perlu mempunyai pemahaman yang kukuh tentang subjek atau bidang yang diceburinya.
Pengetahuan ini membolehkan mereka mengenal pasti jurang atau kawasan yang perlu diperbaiki.
Selain itu, mempunyai semangat inovasi melibatkan sikap terbuka kepada idea baharu, berfikir di luar kotak, dan mempunyai dorongan untuk meneroka dan mencuba.
Ia memerlukan kesediaan untuk mengambil risiko, belajar daripada kegagalan, dan berterusan dalam mencari penyelesaian.
Pengetahuan tidak semestinya perlu memiliki ijazah atau diploma, kemahuan untuk belajar dan berinovasi adalah asas yang utama.
Secara keseluruhan, gabungan pengetahuan dan semangat adalah penting untuk memacu inovasi dan membawa perubahan positif.
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.