Asal sejarah Sate Kajang

This post has already been read 192 times!

Sate Kajang sudah terkenal di mana-mana. Ia dijual bukan saja di pekan Kajang, malah di tempat lain juga.



Orang yang mula-mula berniaga sate di pekan Kajang ialah Tasmin bin Sakiban yang berasal dari Jawa.

Tasmin bin Sakiban

Ia memulakan perniagaan pada tahun 1917 dan dibantu oleh adiknya Rono yang datang lebih awal ke Kajang, pada tahun1911.

Ada juga maklumat yang mengatakan, selain daripada Tasmin, ada seorang lagi penduduk Kajang yang merupakan peniaga awal sate Kajang, namanya Wak Jono Darmon. Perniagaan kemudian diteruskan oleh anak lelakinya Wak Bagong dan Rono bin Sakiban, adik kepada Tasmin.



Tasmin dan Rono pada awalnya merupakan buruh di estet berhampiran dan bersawah padi.

Sate itu dicucuk dengan lidi kelapa bukan dengan lidi buluh seperti sekarang.


Tasmin dan Rono memulakan perniagaan satenya dengan menu makanan sup dan nasi kepal atau ketupat. Sate dimakan oleh semua pelanggan dengan mencelup sate dalam satu mangkuk kuah yang besar. Bagaimanapun, kemudian diubah dengan memperkenalkan sate mangkuk besar dan sate mangkuk kecil untuk setiap pelanggan.



Pada mulanya mereka berjual sate dengan cara berkandar, iaitu menggunakan dua bakul khas yang dikandar, sebuah bakul untuk tempat membakar, manakala sebuah lagi untuk kuah dan menghidangkan sate yang telah dibakar.


Mereka berjual sate di sekitar pekan Kajang dan menjaja ke rumah penduduk sekitar.

Pada mulanya Rono membantu Tasmin menjual sate secara sambilan, kerana dia masih bekerja di ladang getah, antaranya di Estet West Country, Kajang. Rono menjalankan perniagaan sendiri setelah mengambil alih perniagaan mentuanya, Haji Mohamad Noor.

Pada awal tahun 1940-an, Tasmin dan Rono mula berniaga sate dengan menggunakan kereta tolak, dan lokasinya di hadapan kedai kopi Ban Seng, di Jalan Sulaiman sekarang. Sate biasanya dihantar kepada pelanggan di kedai kopi tersebut atau dimakan di tempat yang disediakan di keliling kereta tolak itu dengan duduk di atas bangku kecil yang disediakan.

Mereka berjual sate mulai petang hingga ke malam. Pada waktu malam mereka menggunakan lampu gasolin.

Beberapa tahun kemudian, Tasmin dan Rono berniaga di Medan Sate Lama Kajang.

Setelah meninggal dunia, perniagaan sate itu diteruskan oleh anak atau keturunan mereka. Perniagaan Tasmin diteruskan oleh anaknya Amir. Manakala Perniagaan Rono pula diteruskan oleh dua orang anaknya, Sidek dan Mohamad Salleh.

Setelah Amir meninggal dunia, perniagaannya diteruskan oleh menantunya Samuri bin Juraimi, yang juga pangkat anak saudara kepada Tasmin.

Baca Juga   5 individu terkaya di dunia

Samuri telah meninggal dunia pada 2017 dan perniagaan Sate Haji Samuri masih diteruskan oleh ahli keluarganya.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.