Anjing polis bersara berlinangan air mata bertemu bekas pengurusnya

This post has already been read 284 times!



Video saat pertemuan Seekor Anjing Polis Bersara dengan Bekas Pengurusnya tular.

WangWang sangat merindui pengurusnya sambil berlinangan Air Mata

Wangwang, baka German Shepherd berusia lapan tahun telah bersara dari jabatan polis pada 2019, tetapi dia masih ingat jasa pengurusnya.

Wangwang semakin tua, tetapi dia tidak melupakan pengurus ini!

WangWang sebelum ini bekerja di Jabatan Polis Xichuan sebagai anjing pengesan di pusat pemeriksaan keselamatan di wilayah Henan tengah China, lapor Daily Star. Selepas bersara, Wangwang diambil sebagai anak angkat ke rumah baharu.

Dalam video itu, Wangwang berlari ke arah bekas pengurusnya dan segera berguling ke belakang sambil menikmati gosok perut yang mesra.

Linangan airmata Wangwang menunjukkan betapa Wangwang merindui pengurusnya.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   Siput babi api ditemui di kawasan Pergunungan Semenanjung Malaysia