Bantuan Bayi Baru Lahir RM300 Tahun 2023

This post has already been read 190 times!

Bagi ibu-ibu yang melahirkan anak bulan Disember 2023, jangan lupa memohon Bantuan Bayi Baru Lahir berjumlah RM300


Bantuan Bayi Baru Lahir 2023 – Untuk menggalakkan kadar kelahiran, kerajaan negeri telah mengumumkan bahawa setiap ibubapa yang mendapat anak baru pada tahun 2023 akan menerima insentif sebanyak RM300. Inisiatif ini adalah sebahagian daripada Bajet 2023 yang bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat.


Tujuan program ini adalah untuk membantu ibubapa yang memerlukan wang untuk membeli barangan yang diperlukan oleh bayi dan ibu yang baru melahirkan semasa tempoh berpantang.

Jumlah Bantuan
Sebuah program baru bernama Anak Kebanggan Pahang 2023 (Pahang Pride Kid 2023) telah diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Pahang untuk memberi sokongan kewangan sebanyak RM300 kepada setiap keluarga yang mempunyai anak. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kadar kelahiran di Pahang yang masih rendah, menurut kenyataan daripada YAB Menteri Besar Pahang. Program ini terbuka kepada semua rakyat Pahang yang layak untuk menerima bantuan ini.


Cara Permohonan Bantuan Bayi Baru Lahir 2023
Untuk mendaftar secara online, ibu/ bapa/ penjaga yang sah perlu mengimbas kod QR yang terdapat pada poster di atas atau melawati link yang diberikan:
https://erakyat.pahang.gov.my/

Untuk memudahkan proses permohonan, anda diminta untuk mengisi maklumat peribadi anda dalam borang atas talian yang disediakan.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   Hujan berterusan tahap buruk di Kelantan dan Terengganu