This post has already been read 1605 times!

KELAYAKAN PEMOHON


1) Warganegara Malaysia.

2) Pemohon mestilah berumur 18 sehingga 65 tahun.


3) Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM 5,000.


4) Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau memiliki rumah usang / tidak sempurna.


5) Tanah/tapak cadangan mestilah bersesuaian untuk pembinaan. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran dari pada tuan punya tanah yang dicadangkan.

6) Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,000 kps (tertakluk kepada rekabentuk).


7) Tertakluk kepada peruntukan kewangan.


DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

– Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan).


– Salinan kad pengenalan tuan tanah.


– Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan).

– Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru

– Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon*.

– Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang*.

– Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah.

– Salinan sijil nikah pemohon.

Borang laporan tapak bergambar

Langkah MEMOHON RMR


1) TEKAN BUTANG PERMOHONAN

2) KLIK PENDAFTARAN BARU
Isi Borang Pendaftaran Login dengan lengkap

3) PENERIMAAN LOGIN ID DAN KATA LALUAN
Kata laluan akan dihantar kepada pemohon

4) LOG MASUK KE LAMAN UTAMA
Gunakan login ID (e-mel) dan kata laluan yang diberikan untuk memulakan permohonan RMR

5) MELENGKAPKAN BORANG ONLINE
Isi maklumat ke dalam sistem

6) SELESAI MENGISI BORANG ONLINE
Klik selesai pendaftaran borang dan cetak borang

7) MAJUKAN BORANG DAN DOKUMEN KEPADA SPNB
Memajukan borang beserta dokumen ke
Pejabat Cawangan SPNB yang berdekatan

Baca Juga   Tak sangka dalam mykad pun boleh dapat duit

8) SEMAKAN DAN PENILAIAN OLEH PIHAK SPNB
Maklum balas dalam tempoh 3 bulan dan kelulusan adalah tertakluk kepada peruntukan tahunan.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Perlu Bantuan?
ms_MYMalay