Bantuan Tunai RM2,700 Yang Dikreditkan Sekaligus Ke Akaun Penerima. Berikut Senarai Penerima & Syarat Kelayakan



Bantuan Tunai RM2,700 di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.



Bantuan Tunai RM2,700
Melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), yang dikenali sebagai Geran Pelancaran.


Bantuan ini diperkenalkan dengan objektif untuk memperkasakan ekonomi kumpulan sasar JKM yang produktif, mempunyai minat, kemahiran dan potensi untuk menjana pendapatan individu/keluarga.


Kadar geran ini adalah sebanyak RM2,700 secara ‘one-off’ atau sekaligus kepada yang berkelayakan.


Syarat-syarat Kelayakan

Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
Kumpulan sasar JKM;
Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.


Cara Memohon


Untuk makluman, bantuan ini hanya terbuka kepada kumpulan sasar JKM iaitu penerima bantuan sedia ada sahaja.


Oleh itu, sekiranya seseorang itu bukan penerima bantuan sedia ada JKM, mereka perlu mengemukakan permohonan bantuan bulanan terlebih dahulu.



Bagi info yang lebih teliti tentang bantuan ini, sila lihat di Portal Rasmi JKM – DI SINI.


Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.

Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.

Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti salinan Kad Pengenalan diri pemohon, salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama, salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.


BORANG YANG BERKAITAN

JKM 18 Borang Permohonan Bantuan


JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

advanced-floating-content-close-btnForum link.
advanced-floating-content-close-btn