RM1000 insentif mamakerja Selangor

This post has already been read 246 times!

Insentif MamaKerja oleh kerajaan negeri Selangor bayaran RM1,000 secara one-off Bertujuan membantu meringankan beban kewangan khususnya penjagaan anak-anak.



Kriteria / Syarat Kelayakan

1) Wanita bekerja dan bermajikan.
Merupakan rakyat Selangor (lahir di Selangor atau bermastautin di Selangor melebihi 10 tahun).

2) Mengundi di Selangor.
Berpendapatan isi rumah RM8,000 dan ke bawah.

3) Individu yang mempunyai akaun Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

4) Mempunyai sekurang-kurangnya tiga (3) orang anak berumur 12 tahun dan ke bawah.

5) Bukan penerima bantuan ASUH PINTAR, TUNAS dan BINGKAS.

Tarikh Permohonan
Permohonan akan dibuka bermula 1 November 2023, jam 10.00 pagi.
Permohonan ini terhad kepada 5000 pemohon terawal yang memenuhi syarat-syarat kelayakan.


Cara Permohonan Insentif MamaKerja 2023
Individu yang layak dan berminat boleh membuat permohonan melalui Aplikasi Selangkah atau melalui laman web rasmi MamaKerja (https://mamakerja.selangkah.my/ )
Dokumen penting yang perlu dimuatnaik untuk memohon adalah:

Kad Pengenalan pemohon;
Kad Pengenalan pasangan;
MyKid atau Sijil Kelahiran anak / Sijil Pengangkatan;
Salinan penyata gaji pemohon yang terkini;
Salinan penyata gaji pasangan yang terkini atau pengesahan pendapatan sekiranya tiada slip gaji;
Penyata KWSP pemohon terkini atau penyata EA;
Salinan penyata bank;
Dokumen pengesahan pengundi Selangor.

Tarikh Semakan / Penerimaan Bayaran
Keputusan permohonan akan dikeluarkan selepas tempoh 21 hari bekerja daripada tarikh permohonan dihantar.
Penerima yang layak akan menerima bantuan tunai ke akaun masing-masing dalam tempoh 14 hari bekerja selepas status permohonan berjaya.


Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai insentif ini, sila rujuk saluran berikut:

Talian Selcare : 1-800-22-6600
Laman web rasmi : https://mamakerja.selangkah.my/

Penafian
Baca Juga   Berita Tarikh dan jumlah bayaran STR Bujang 2024

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.