Bantuan RM1200 barang asas dapur B40 tahun 2024

This post has already been read 342 times!


Kerajaan memutuskan untuk meluaskan manfaat Sumbangan Asas Rahmah (Bantuan SARA 2024) kepada 700 ribu penerima STR yang akan menerima RM100 sebulan untuk tempoh 12 bulan.


Sebelum ini penerima bantuan Sara hanya diberikan bantuan ini selama 6 bulan sahaja.

Namun pada tahun 2024, tempoh bantuan dilanjutkan kepada 12 bulan.


Bantuan ini berupa barang keperluan asas tanpa tunai (cashless) dengan kadar RM100 setiap bulan kepada isi rumah penerima STR termiskin (miskin tegar) mengikut data eKasih.


Untuk makluman, Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah sumbangan tambahan kepada penerima STR berstatus miskin tegar mengikut data eKasih yang disalurkan dalam MyKad bagi membeli keperluan barangan makanan asas di kedai runcit terpilih.


Untuk tahun 2024, kerajaan belum lagi memerpincikan kelayakan penerima ini.
Namun berdasarkan syarat sedia ada pada tahun 2023, kelayakan SARA adalah terhad kepada:

1) Warganegara Malaysia;
2) Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan

Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar eKasih dalam rekod data Unit Penyelarasan, Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).


Jenis Barangan Yang Boleh Dibeli
Penerima boleh membeli barangan runcit asas daripada 10 kategori produk yang diluluskan iaitu :

Beras,
Roti,
Telur,
Minyak masak,
Tepung,
Biskut,
Mi segera,
Minuman,
Makanan dalam tin dan
Bahan perasa.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   [[Terkini]] Pembayaran STR 2024 Fasa 1  bermula Isnin 29 Januari