Khidmat Luarbiasa penghantar barang Gunung Kinabalu

This post has already been read 158 times!

Mereka mula bekerja seawal jam 8 pagi mendaki gunung Kinabalu menghantar barang seberat 40-70kg diatas belakang.

Dipanggil ringkasnya Poter begitu perkasa mengangkat barang-barang berat dengan jayanya.

Ada 2 jenis Potter iaitu mengangkat barangan “Goods Poter dan mengangkat beg-beg pendaki atau “luggage Poter”.

Harga yang dikenakan berbeza bagi setiap jenis poter. Mengangkat barang-barang dapur, binaan di bayar pada kadar RM5.20 sekilogram.

Manakala mengangkat beg beg pendaki dikenakan bayaran sebanyak RM14 setiap kilogram.

Kekuatan luar biasa mendaki laluan berbatu sejauh 6km yang mengambil masa antara 3-4 jam.

Destinasi penghantaran ialah Laban Rata yang berada pada ketinggian 3,200 meter dari paras laut.

Bilangan potter menyediakan perkhidmatan sekitar 30 hingga 40 orang dan mereka mendaki sekali setiap hari.

Laban Rata

Kelihatan juga Potter wanita mengangkat barang dengan berat 40kg.

Perkongsian video boleh di perolehi di Tiktok Jvy Water Proof Shop

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   Semak sekarang Akaun kwsp 10K kebawah terima insentif RM500