Kisah keperitan murid dan guru SK Magandai

This post has already been read 103 times!

KOTA MARUDU: Pengalaman dua murid dan dua guru Sekolah Kebangsaan (SK) Magandai, kira-kira 70 kilometer dari sini, terpaksa bermalam di pondok sebuah kebun, antara keperitan yang dihadapi.




Pada mulanya, dua beradik murid tahun dua dan tahun tiga itu ditumpangkan guru yang sama-sama menuju ke sekolah berkenaan, malangnya kenderaan guru rosak ketika dalam perjalanan..

Mereka meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki meredah laluan becak berlumpur itu,

Hari semakin gelap serta hujan lebat, menyebabkan mereka mengambil keputusan menumpang teduh dan bermalam di sebuah pondok kebun penduduk Magandai.

Guru SK Magandai dikenali Moniq Cfrndz, yang bersama dengan dua murid itu menceritakan mereka tiada pilih lain, kecuali bermalam di hutan memandangkan baki perjalanan masih terlalu jauh.


Beliau berkata, pagi keesokannya mereka berempat meneruskan perjalanan dengan ditemani hujan yang tidak henti.

“Kami terpaksa berpayung sepanjang perjalanan dengan pakaian penuh lumpur,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap jalan menuju SK Magandai itu dapat diperbaiki segera sebaik cuaca baik bagi memastikan keselesaan penduduk menggunakan satu-satunya laluan keluar masuk kawasan berkenaan.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   Kembara Agong Kenali Borneo Hari ke-5