Kementerian Kewangan memaklumkan, pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 diawalkan kepada 29 Januari 2024 (Isnin depan) secara berperingkat, berbanding perancangan awal pada bulan Februari 2024 .
Sekiranya anda lewat menerima bayaran ini, diharapkan bersabar kerana pembayaran dibuat mengikut bank masing-masing.
Jumlah Bayaran STR Fasa 1 (2024)
Berdasarkan siaran media terkini Kementerian Kewangan, penerima yang lulus akan menerima bayaran antara RM100 hingga RM500 mengikut kategori kelayakan masing-masing.
Jumlah bayaran pertama untuk mengikut kategori adalah sebagaimana berikut;
Isi rumah (tiada had umur) dengan pendapatan RM2,500 & ke bawah sebagaimana berikut:
Bil anak 0 – RM500
Bil anak 1-2 – RM500
Bil anak 3-4 – RM500
Bil anak 5 dan ke atas – RM500
Isi rumah (tiada had umur) dengan pendapatan RM2,500 hingga RM5,000 seperti berikut:
Bil anak 0 – RM100
Bil anak 1-2 – RM150
Bil anak 3-4 – RM250
Bil anak 5 dan ke atas – RM300
Warga Emas Sebatang Kara ≥ 60 tahun pendapatan bawah RM5,000 -RM150
Bujang berumur 21-59 tahun -RM100
Bujang OKU berumur 19-59 tahun -RM100
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.