Kemaskini Status Perkahwinan STR 2024

This post has already been read 188 times!



Pertukaran status ini bermaksud dari bujang kepada berkahwin ataupun sebaliknya.




Berikut adalah cara kemaskini status berkahwin anda :

SITUASI TUKAR STATUS PERKAHWINAN STR
Terdapat 2 jenis situasi yang berkaitan dengan tukar status perkahwinan ini iaitu:

BUJANG KEPADA KAHWIN( bujang > berkahwin)
KAHWIN KEPADA BUJANG( berkahwin > janda/duda/ibu tunggal)




 

CARA KEMASKINI STATUS BERKAHWIN STR
Berikut adalah merupakan cara untuk kemaskini status Berkahwin STR iaitu:

Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023
Klik butang Log Masuk bagi membuat Kemas Kini.


Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah didaftarkan. Jika masih belum mendaftar, sila rujuk panduan pengguna – Daftar MySTR 2024


Klik butang Kemas Kini Permohonan setelah berjaya log masuk MySTR. Pada bahagian Maklumat Pemohon, lengkapkan yang diperlukan Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.

Maklumat permohonan akan dipaparkan secara automatik berdasarkan maklumat terkini permohonan yang dihantar secara dalam talian atau berdasarkan permohonan BKM 2022. Kemas Kini ruangan berikut jika ada perubahan maklumat:

Nombor Telefon Rumah Pemohon
Nombor Telefon Bimbit Pemohon
Pilihan Pekerjaan
Pilihan Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan)

Pilihan Status Perkahwinan Pemohon:-

Kahwin

Cerai

Kematian Pasangan

Bujang  

Jika pilihan Status Perkahwinan adalah Kahwin atau Cerai atau Kematian Pasangan, isikan maklumat Tarikh Status Perkahwinan. Ruangan tarikh ini merujuk kepada Status Perkahwinan,


Jika Kahwin, masukkan tarikh perkahwinan.

Jika Cerai, masukkan tarikh perceraian.

Jika Kematian Pasangan, masukkan tarikh kematian pasangan.

Alamat Surat-Menyurat Pemohon. 
Maklumat Bandar dan Negeri akan dipaparkan secara automatik berdasarkan maklumat Poskod yang diisi.  
Nombor Poskod Pemohon.
Pilihan Nama Bank Pemohon. Pilihan maklumat Akaun Bank yang masih aktif. Rujuk lampiran Senarai Bank. Masukkan Nombor Akaun Bank
Alamat e-mel     
Pada bahagian Maklumat Pasangan, Jika Status Perkahwinan Pemohonan adalah Kahwin, Maklumat Pasangan perlu diisi dengan lengkap. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
Pilih Jenis Pengenalan Pasangan

MyKad / MyPR / MyKAS
Sijil Lahir
Pasport   Masukkan Nombor Pengenalan Pasangan.

Jika nombor pengenalan pasangan wujud pada data JPN, maklumat Nama  dan Jantina akan dipaparkan secara automatik dan tidak boleh dipinda.
Jika tidak wujud pada data JPN, permohonan tidak boleh diteruskan dan  paparan berikut akan dipaparkan:
Jika jenis pengenalan pasangan adalah Sijil Lahir / No. Pasport, ruangan  Nama dan Jantina perlu diisi oleh pemohon.

Salinan dokumen pengenalan  pasangan perlu dikemukakan ke LHDNM.

Sekiranya maklumat pasangan telah wujud pada permohonan lain,  permohonan tidak boleh diteruskan.

Sila rujuk LHDNM berhampiran.  


Isikan Nombor Telefon Bimbit Pemohon

Isikan pilihan Pekerjaan

Isikan pilihan Nama Bank Pemohon.

Pilihan maklumat Akaun Rujuk lampiran Senarai Bank.

Masukkan Nombor Akaun Bank   Pada bahagian Maklumat Anak, perlu diisi  dengan lengkap.

Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.

Pemakluman mengenai Maklumat Anak Tindakan seterusnya seperti berikut:

Masukkan Nombor Pengenalan Anak (MyKad / MyKid sahaja).
Jika nombor pengenalan Anak wujud pada data JPN, maklumat Nama dan Umur  akan dipaparkan secara automatik dan tidak boleh dipinda. Salinan Sijil Kelahiran  Anak perlu dikemukakan ke LHDNM berhampiran.
Jika tidak wujud pada data JPN, maklumat anak tidak boleh diisi.   Pilih Status Anak

Anak Kandung
Anak Angkat  
Anak terhad kepada 5 orang sahaja untuk diisi.    

Baca Juga   Tarikh Bayaran Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat Feb 2024

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.