
Kaedah Pembayaran
Wang bantuan STR akan diberikan kepada penerima yang layak melalui salah satu kaedah berikut mengkut tarikh jadual bayaran STR yang telah diumumkan secara rasmi:
- Pengkreditan ke akaun bank Pemohon / Pasangan
- Penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)
Tarikh & Jumlah Bantuan STR Fasa 1, 2, 3 dan 4
Bagi bayaran STR Fasa 1 ini, Kerajaan telah menaikkan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sehingga RM500 kepada isi rumah berbanding bayaran maksimum sebanyak RM300 pada tahun lalu.
Tarikh bayaran STR bagi fasa 1, 2, 3 dan 4 bagi tahun 2024 adalah :
- Fasa 1 : 29 Januari 2024
- Fasa 2 : April 2024 (Jangkaan)
- Fasa 3 : Ogos 2024 (Jangkaan)
- Fasa 4 : November 2024 (Jangkaan)
Penafian
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.