This post has already been read 721 times!


Info mengenai pembayaran STR Fasa 1 2024 melalui kredit akaun dan secara tunai melalui kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi mereka yang tiada akaun bank.



Seperti yang diumumkan oleh Kementerian Kewangan, pembayaran Fasa 1 Sumbangan Tunai Rahmah (STR Fasa 1) bagi tahun ini akan disalurkan secara berperingkat mulai 29 Januari 2024 (ISNIN).


Kerajaan telah menaikkan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 sehingga RM500 kepada isi rumah berbanding bayaran maksimum sebanyak RM300 pada 2024.


Jumlah bayaran STR Fasa 1 2024 adalah mengikut kategori penerima masing-masing.

Jumlah terkini yang diumumkan adalah penerima akan menerima antara RM100 hingga RM500.

Kategori penerima adalah;

Isi Rumah
Warga Emas
Bujang 
  
Pembayaran STR Fasa 1 2024 Melalui Pengkreditan Akaun BSN
Pembayaran STR fasa 1 2024 melalui pengkreditan ke dalam akaun BSN akan dilakukan secara berperingkat berdasarkan maklumat penerima yang telah dikemukakan ole LHDNM kepada BSN.

Pelanggan dinasihatkan untuk membuat semakan akaun masing-masing melalui perbankan internet myBSN atau Mesin Teler Automatik (ATM) BSN.
Semakan secara perbankan melalui myBSN boleh dibuat melalui portal rasmi berikut;
https://www.mybsn.com.my/mybsn/login/login.do

Pembayaran STR Secara Tunai Di Kaunter BSN
Bayaran STR Fasa 1 secara tunai pula akan turut dilakukan mulai 29 Januari 2024 (Isnin) di seluruh Cawangan BSN. Pelanggan perlu membawa kad pengenalan untuk tujuan pengesahan.
Hanya wakil yang didaftarkan sahaja dibenarkan untuk mewakili penerima bagi penunaian STR.

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 akan dibuat mulai 29 Januari 2024 (Isnin) secara berperingkat.  Bilakah tuntutan secara tunai BSN boleh dibuat bagi yang tiada akaun?

Bayaran STR Fasa 4 secara tunai pula akan turut dilakukan mulai 29 Januari 2024 (Isnin) di seluruh Cawangan BSN.


Pelanggan perlu membawa kad pengenalan untuk tujuan pengesahan. 

Penafian
Baca Juga   Bayaran STR 2024 Fasa 1 bertambah Sehingga RM500

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Perlu Bantuan?
ms_MYMalay