Gunung Datuk atau dikenali dikalangan pendaki dengan panggilan Gunung Datuk Hiking terletak di daerah  Rembau Negeri Sembilan.


 
            
Mendaki Gunung Datuk  mengambil masa kira-kira 4 jam 30 minit.

Tangga untuk pendakian ke puncak

Gunung ini terletak pada ketinggian 1,200m di atas paras laut  dan  kira-kira 1 jam 30 minit pemanduan dari Kuala Lumpur untuk sampai ke lokasi.


Cabaran kecerunan Gunung Datuk menjadi pilihan para pendaki untuk persediaan  untuk mendaki Gunung Kinabalu.


Terdapat tempat letak keretak di tepi pintu masuk denai – anda juga boleh meletak kereta di sepanjang tepi jalan menuju ke tempat letak kereta jika penuh.


Anda tidak memerlukan permit untuk mencuba pendakian do gunung ini.

Walau bagaimanapun, terdapat pusat pemeriksaan di pintu masuk denai di mana anda perlu mendaftar dan membayar RM5 untuk rakyat Malaysia, dan sejak November 2022, RM20 untuk bukan warga negara.

Semua pendaki di kehendaki keluar selewat-lewatnya jam 5 petang.


Laluan ini sangat curam di beberapa bahagian dan tali telah dipasang hampir sepanjang perjalanan. Ia bukanlah satu pendakian yang memerlukan teknil kekuatan badan.

Tempoh mendaki kira-kira hampir 2 jam.

Tempoh yang sama menuruni gunung Datuk.

Menurun adalah sukar kerana anda mungkin perlu berjalan ke belakang di bahagian paling curam yang tergantung pada tali untuk turun sedikit.


Bahagian atas pertamanya adalah bahagian batu rata dan batu puncak boleh dicapai dengan satu siri tangga.

Pemandangam dari atas puncak gunung sungguh menakjubkan!

Jarak pendakian lebih kurang
7km.



Selamat Mendaki Gunung Datuk Hiking           
    

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

advanced-floating-content-close-btnForum link.
advanced-floating-content-close-btn
advanced-floating-content-close-btnKlik Lazada