MIMALAND Taman Tema Pertama di Malaysia

This post has already been read 184 times!

Mimaland dalam kenangan, taman tema pertama di Malaysia (1971-1994).sebuah taman tema di Malaysia yang menjadi pilihan ramai selepas memulakan operasi pada 1971, sebelum wujudnya taman tema moden seperti Sunway Lagoon, Lost World of Tambun atau Wetworld Water Park Shah Alam.

Mimaland ini terletak di Ulu Gombak berhampiran Kuala Lumpur. Taman tema Mimaland ini merupakan taman tema pertama di Malaysia dan menjadi tumpuan para pelancong termasuk dari luar negara.

Di Mimaland, terdapat pelbagai tarikan, antaranya patung dinasour prasejarah, gelongsor gergasi, tempat memancing, berkayak, berbasikal, mandi-manda dan lain-lain.

Gelongsor Gergasi

Pada Januari 1993, seorang warga Singapura meninggal dunia semasa bermain gelongsor gergasi itu. Pihak pengurusan Mimaland telah menutup sementara waktu gelongsor gergasi tersebut. Setelah proses membaikpulih, ia dibuka semula kepada umum.

Namun, pada Mei 1994 suatu bencana telah berlaku iaitu tanah runtuh mengakibatkan kerosakan pada kawasan gelongsor dan dinding kolam renang. Sekali lagi ia ditutup sementara waktu.

Setelah beberapa pihak berbincang mengenai keselamatan di Mimaland, pihak mahkamah memutuskan untuk menghentikan aktiviti di Mimaland dan secara rasminya ditutup pada tahun 1994 yang lalu. Sekarang tempat Mimaland telah terbengkalai.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   Bunga simbol kesabaran pun ada