1 min read

Lagi Curi Letrik mesin perlombongan Bitcoin

This post has already been read 834 times!

Melombong matawang digital atau bitcoin yang biasanya beroperasi di permis rumah kedai kini menukar taktik dengan menyewa rumah bagi menjalankan kegiatan berkenaan.

Kakitangan Suruhanjaya Tenaga membuat penyiasatan di sebuah rumah kosong yang disewa khas yang menjalankan kegiatan mencuri elektrik untuk perlombongan bitcoin di Taman Tiara Sendayan.

Taktik tersebut dikesan pihak Suruhanjaya Tenaga Negeri Sembilan dan Tenaga Nasional Berhad dalam operasi bersama di dua buah rumah Teres dua tingkat di Taman Tiara Sendayan di Seremban pada Khamis 13 Jun 2024.

Pengarah Suruhanjaya Tenaga Negeri Sembilan dan Melaka Amir Faizal Kamshah berkata:” Sindiket menjadikan bilik di tingkat atas sebagai lokasi melombong apabila terdapat sembilan mesin bitcoin dirumah pertama dan 21 mesin di rumah kedua.

Kerugian ekoran mencuri elektrik untuk kegunaan mesin perlombongan dianggarkan RM25K.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   Kapal ini direka khas boleh menegak di lautan