Cincin berlian  hilang 13 tahun ditemui semula pada lobak merah

Mary Grams, seorang wanita berusia 84 tahun dari Kanada, mengalami kejutan yang luar biasa ketika menemukan cincin berlian yang hilang 13 tahun ditemui terbungkus  disebatang lobak merah di kebunnya.


Mary Grams dengan tekun membersihkan kebun sayur keluarganya. Dia memakai cincin berlian hadiah pertunangan tiba tiba tanpa disedari terkeluar dari jarinya


Namun, Mary merahsiakan kehilangan cincin berkenaan, hanya berbicara tentangnya dengan anaknya.

Dia memutuskan untuk tidak sampai hati memberi tahu suaminya. 

Sebagai gantinya, dia membeli cincin pengganti yang sedikit lebih murah dan berpura-pura seolah-olah tidak ada yang terjadi.

Selepas 13 tahun berlalu, pada suatu hari yang cerah. Menantu Mary, Colleen Daley, yang kini tinggal di rumah sama, memutuskan untuk memetik beberapa sayuran segar untuk hidangan makan malam.

Saat mencuci sebatang lobak merah yang agak bergelembung, dia melihat sesuatu yang berkilauan rupanya sebentuk cincin!



Akhirnya Mary Grams dipersatukan kembali dengan berlian yang dicintainya, terbungkus dalam pelukan yang tak terduga dengan lobak merah.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

advanced-floating-content-close-btnForum link.
advanced-floating-content-close-btn