Hafizul Hawari yang diburu polis sejak awal pagi Ahad 14 April 2024 selepas melepaskan dua das tembakan di Balai Ketibaan KLIA Terminal 1 akhirnya ditahan di hadapan Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu, jam 3 petang semalam 15 April 2024.
Diberitakan bahawa berlaku pergelutan dalam usaha polis menahan beliau di tepi jalan sebelum berjaya diberkas bersama sepucuk pistol dan sebuah kereta dirampas daripadanya.
Operasi dijalankan oleh Bahagian Siasatan Khas D9 Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan.
Penafian
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.