Kehilangan Jim Thompson di Cameron Highlands pada tahun 1967 masih lagi menjadi misteri hingga ke hari ini.

Jim Thompson ialah seorang rakyat Amerika yang menetap di Thailand. Beliau menjalankan perniagaan sutera di Thailand dan perniagaannya sangat berjaya hingga Jim mendapat nama jolokan Silk King of Thailand.

Jim Thompson 1967

24 Mac 1967 Jim pergi bercuti ke Cameron Highland bersama dengan tiga orang kawan dan mereka berempat menginap di Moonlight Banglo yang terletak di Berincang. Keesokkan harinya ialah hari ahad, pada sebelah pagi mereka berempat pergi ke gereja. Selepas itu mereka makan tengah hari.

Moonlight Banglo

Pada pukul 1:30 tengahari Jim memberitahu pada kawan-kawan dia hendak keluar bersiar-siar sekejap. Jim melambaikan tangan pada kawan-kawan dia dan itulah kali terakhir mereka melihat Jim Thompson.

Sehingga jam 6 petang Jim masih lagi tidak muncul di Moonlight Banglo. Kawan-kawan Jim sudah mula risau dan mereka terus membuat laporan polis. Pencarian Jim Thomson dijalankan secara besar-besaran selama 11 hari melibatkan polis dan tentera dari Malaysia, Thailand, Amerika dan Britain.

Turut membantu pencarian ialah komuniti orang asli tempatan yang lebih mahir dengan selok-belok hutan di sekeliling kawasan tu. Usaha yang dijalankan tidak menemui sebarang petunjuk. Anjing pengesan juga gagal menjejak Jim.

Tiada ada siapa yang tahu ke mana perginya Jim Thomson sampai ke hari ini.  Ada banyak teori yang dikaitkan dengan kehilangan Jim, ada yang kata Jim dah kena culik, ada yang kata dia sesat dan meninggal dalam hutan, ada yang kata dia sengaja hilangkan diri dia dan tukar identiti baru, dan ada teori yang mengatakan yang Jim telah dibunuh.

Teori terakhir muncul kerana latar belakang Jim Thomson sebagai seorang perisik CIA semasa perang dunia kedua. Kononnya Jim sebenarnya ke Cameron Highlands untuk satu misi perisikan, tapi akhirnya dia ditangkap dan dibunuh oleh pihak musuh.

Setelah hampir 7 tahun, masih belum menemui sebarang petunjuk, akhirnya pihak berkuasa mengisytiharkan Jim Thomson meninggal dunia pada usia 61 Tahun secara rasmi pada 26 Mac 1967.

Kini Industri Sutera Thailand menabalkan Jim Thompson sebagai ikon antarabangsa mereka.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

advanced-floating-content-close-btnForum link.
advanced-floating-content-close-btn
advanced-floating-content-close-btnKlik Lazada