Kebiasaannya umur persaraan ialah 55 tahun. Berlainan kisah Ella Harper. Dia seorang wanita istimewa dilahirkan pada 5 Januari tahun 1870 dengan kelainan upaya fizikal pada bahagian lutut.
Disebabkan kelainan ni, Ella lebih selesa berjalan menggunakan kedua-dua tangan dia.
Melihat kepada keistimewaan pada Ella, dia ditawarkan menyertai kumpulan sarkus yang terkenal iaitu W.H Haris Nickel Plate Shows. Ketika itu Ella berusia 12 tahun.
Ella menggunakan nama pentas The camel girl.
Kerjaya Ella sebagai ahli sarkus ni membolehkan Ella mendapat
gaji yang lumayan iaitu sebanyak USD200 seminggu. Lebih kurang pada zaman sekarang bernilai USD6000.
Dengan duit yang dia perolehi, Ella mengambil keputusan bersara seawal usia 16 tahun. Ella pulang ke kampung halaman di Tennessee untuk menjalani kehidupan biasa bersama keluarga.
Semasa Ella berumur 21 tahun, Ella bertemu dengan seorang lelaki yang bernama Robert Savley dan mereka berdua pun berkahwin.
Ella pernah melahirkan seorang anak perempuan tapi malangnya anaknya meninggal dunia.
Ella meninggal dunia pada 19 Disember tahun 1921 pada usia 51 tahun, akibat sakit kanser.
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.