2 mins read

Siasatan menyeluruh kes pengawal pengiring PDRM pukul pemandu OKU Pendengaran-TMJ

This post has already been read 2081 times!

JOHOR BAHRU: Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan secara menyeluruh terhadap kejadian pada 28 Mei 2024 Selasa, seorang pengiring keselamatan baginda yang didakwa memukul pemandu e-hailing yang juga orang kurang upaya .

Tunku Mahkota Ismail bertitah, tidak sewajarnya membenarkan sebarang tindakan yang menyalahi undang-undang berlaku. “Merujuk kepada kejadian yang berlaku di St Regis Hotel Kuala Lumpur pada 28 Mei lalu, saya telah dimaklumkan pada hari berikutnya dan dengan segera menggesa pasukan pengiring keselamatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk bekerjasama dengan pihak penyiasatan.

“Saya tidak membenarkan sebarang tindakan atau ugutan yang menyalahi undang-undang. Saya menggesa pihak berkuasa untuk menyiasat secara menyeluruh berkaitan kejadian seorang pegawai polis pengiring yang didakwa melakukan perbuatan berbahaya.

“Saya berharap pihak berkuasa akan mengambil tindakan mengikut undang-undang dan memberi keadilan sebaiknya kepada mangsa,” titah baginda dalam kenyataan pada Jumaat 31 Mei 2024.

Pemandu kenderaan e-hailing OKU berkenaan dilaporkan telah menarik balik laporannya.Ketua Polis Kuala Lumpur, dalam satu kenyataan pada Rabu lalu dilaporkan berkata, pemandu OKU berkenaan telah membuat laporan polis kedua untuk menarik balik laporan polis pertama.

Media melaporkan, seorang pemandu e-hailing OKU berkenaan membuat laporan polis selepas mendakwa dipukul oleh pengawal pengiring ketika menunggu penumpang di sebuah hotel dekat KL Sentral.

Pemandu OKU Pendengaran berusia 46 tahun itu mendakwa ditumbuk di kepala ketika diminta untuk mengalihkan kenderaannya. Susulan itu, mangsa kemudian membuat laporan polis selepas menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Ketika membuat laporan, telefon bimbit dan kamera papan pemuka keretanya yang dipercayai merakam kejadian itu dirampas oleh polis.

Baca Juga   Drama Rampasan pesawat Air France 1994

Tunku Mahkota Ismail, menggesa semua pihak membenarkan pihak berkuasa menjalankan siasatan. “Saya juga sedar ada pihak yang berniat mengheret institusi diraja dengan menggunakan insiden ini, tetapi mengaitkan tindakan anggota keselamatan luar dengan diri saya dan seluruh institusi diraja adalah tidak wajar,” titah baginda.

Terkini Ketua Polis Negara Tan Sri dalam satu kenyataan rasmi telah mengarahkan siasatan dijalankan segera.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.