Jalan berlubang, penunggang motosikal dapat ganti rugi RM721,000

This post has already been read 2979 times!

Mahkamah Sesyen Johor Bahru memerintah syarikat penyelenggaraan Jalan lantikan kerajaan negeri membayar gantirugi rugi berjumlah RM721,000 kerana gagal menyelenggara jalan berlubang sehingga menyebabkan kecerderaan keatas seorang penunggang motosikal Razali @ Mohd Leey Subeh, 49 pada 11 Februari 2021.

Keadaan jalan berlubang membahayakan nyawa pengguna Jalan Raya

Jalan berlubang berkenaan di Pasir Gudang, tidak diselenggara sehingga menyebabkan kecerderaan orang awam.

Hakim, Sazlina Safie berkata dalam hujah penghakiman yang diputuskan pada Sabtu 27 April 2024 berpuashati bahawa Razali selaku plaintif berjaya membuktikan tuntutannya, apabila syarikat terbabit gagal memfailkan sebarang hujahan bertulis atau lisan, sehingga ke tarikh keputusan berkenaan dibuat. “Akibat kemalangan tersebut, plaintif mengalami kecederaan di bahu, lengan, jari dan kepala,” katanya.

Mahkamah berkeyakinan defendan telah gagal dalam tugas mereka untuk menyelenggara jalan berkenaan dan mereka bertanggungjawab kepada plaintif di bawah Seksyen 7(3) Akta Prosiding Kerajaan 1956 (GPA).

“Justeru mahkamah menganugerahkan plaintif RM352,947.33 untuk ganti rugi khas dan RM368,000 untuk ganti rugi am,” kata hakim ini.

Berikutan keputusan Hakim Mahkamah Sesyen itu, syarikat penyelenggaraan itu dilaporkan akan memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi Johor Bharu.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   Anda boleh mendengar bunyi badan dalam bilik paling senyap di dunia