Akaun Media Sosial penyokong Bolasepak jadi pusat menternak ekstrimis

This post has already been read 2424 times!

Kandungan provokasi, mencarut, memaki dan menghina pemain Bolasepak Negara dikenal pasti menjadi dalang utama kewujudan ekstrimis sukan sekarang.

Polis DiRaja Malaysia sedang mengesan pemilik akaun media sosial yang dipercayai menghasut menimbulkan kebencian terhadap pemain bola sepak kebangsaan.

Perkara itu disahkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang berkata, pemilik akaun media sosial terbabit dikesan kerap melakukan serangan peribadi keatas pasukan tertentu.

Beliau turut menegaskan keselamatan para pemain bola sepak negara terjamin dan pihak polis sedaya upaya mengesan serta menangkap suspek hingga dihadapkan ke muka pengadilan.

Isi kandungan hantaran jelas bertujuan untuk membangkitkan kebencian saja, menghina, memperlekeh, malah gerak geri pemain juga diulas dengan tujuan menghina pemain.

Cara pemain merayakan kemenangan atau jaringan dikutuk dengan perkataan buruk, begitu juga, cara pemain bersosial, berkawan dengan siapa. Kesimpulannya setiap inci pergerakan itu diberi ulasan yang kesimpulan akhir untuk membibitkan kebencian dikalangan pengikut.

Akaun akaun yang berkenaan telah dinyahaktifkan selepas menyedari polis sedang menyiasat mereka.

Adalah dicadangkan supaya Kementerian Komunikasi dan Multimedia menguatkuasakan peruntukan undang-undang pendaftaran akaun Facebook di wajibkan untuk memudahkan pemantauan pihak berkuasa. Ini bermakna pemilik akaun mesti mendaftar di Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   Ciptaan dan Sejarah Pemadam tulisan