2 mins read

Fail-Mahkamah Inspektor Polis tembak mati isteri sedang hamil 2 bulan

This post has already been read 1893 times!

Pada petang kejadian 21 Mei 2017 kira-kira jam 3:15 petang, ibu mangsa 62 tahun sedang menonton siaran televisyen, dia menyedari menantunya tiba di rumah, menantunya seorang anggota polis berpangkat inspektor.

Menantunya itu baru pulang dari Kuching kerana menghadiri kursus di ibu pejabat kontijen IPK Sarawak, si ibu kemudian melihat menantunya itu menuju ke bilik anak perempuannya, selepas itu bunyi dua das tembakan kedengaran dari dalam bilik.

Menantunya dilihat tergesa-gesa keluar dari rumah dengan menaiki kereta PDRM.

Si ibu pada ketika itu berada dalam keadaan panik, berlari masuk kedalam bilik anak perempuannya dan mendapati anaknya itu sudah terkulai dan tidak bernyawa lagi.

Bedilan peluru dilepaskan tepat mengenai kepala dan dada anaknya.Ketika kejadian berlaku, mangsa sedang hamil anak ketiga, kandungan mangsa pada waktu itu berusia 2 bulan.

Dengan melihat keadaan anak kesayangannya yang menyayat hati itu, si ibu berlari keluar dari rumah sambil menjerit meminta tolong.

Mohammad Sohffian Abu Hassan Dihadap ke mahkamah

Jirannya seorang anggota polis bantuan yang terdengar jeritan itu terus bergegas ke tempat kejadian dan mendapati mangsa sudah pun meninggal dunia.

Satu laporan polis kemudian dibuat oleh polis bantuan berkenaan di ibu pejabat Polis daerah IPD Serian berhubung kejadian itu.

Kurang dari 6 jam selepas menembak mati mangsa, suspek akhirnya berjaya diberkas polis berhampiran dengan sebuah pasar raya di Kuching kira-kira jam 9:30 malam.

Tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku sepanjang proses penahanan saspek. Pistol digunakan untuk menembak mangsa berjaya dirampas polis.

Suspek Mohammad Sohffian Abu Hassan  37 tahun dituduh membunuh isterinya yang bernama Siti Nadirah Abdullah 33 tahun di dalam sebuah rumah di Kampung Kakai Serian Sarawak pada 21 Mei 2017 kira-kira jam 3:15 petang Sofian didakwa di bawah seksyen 302 Kanon keseksaan atas kesalahan membunuh yang memperuntukkan hukuman mati jika disabit kesalahan.

Baca Juga   KEMBARA Agong KENALI BORNEO - HARI KE-6

Pada tarikh 31 Mei 2017, Sofian didakwa di Mahkamah Majistret Serian kerana membunuh Nadirah di percayai isterinya,

Hakim bicara membuat keputusan itu setelah berpuashati dengan pihak pendakwaan yang berjaya membuktikan kes prima fasi terhadap tertuduh.

Mahkamah kemudian menetapkan 9 dan 10 November 2020 untuk sebutan semula kes.

Selepas empat tahun dibicarakan, pada 9 Mac 2021 Mahkamah Tinggi Kuching menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas Muhammad Sufyan kerana membunuh Siti Nadirah.

Sohffian Abu Hassan, 41, didapati bersalah atas pertuduhan itu oleh Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Christopher Chin yang mensabitkan kesalahan pegawai polis itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.Chin berkata bahawa pihak pendakwaan telah membuktikan kesnya tanpa sebarang keraguan munasabah.

“Pembelaan tertuduh lemah dan penuh dengan kemustahilan dan fakta yang tidak disokong. Ia merupakan penafian terang-terangan dan bertujuan untuk memindahkan tanggungjawab tembakan itu kepada mangsa sendiri,” kata Chin dalam keputusannya.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.