This post has already been read 6324 times!
Satu serangan keatas Balai Polis Ulu Tiram sekitar jam 4 pagi dilakukan oleh suspek seorang lelaki bertopeng dan berpakaian gelapcdengan bersenjatakan parang.
Suspek telah mencederakan dua orang anggota Polis yang bertugas dan telah merampas dua laras senjata berupa (1) Pistol Walther P99 dan (1) HK MP5 dan melepaskan 2 das tembakan keatas seorang anggota yang bertugas dan menyebabkan kecederaan di bahagian bahu dan perut.
Menurutnya, mangsa yang terbabit dikenali sebagai Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar yang ditetak di bahagian belakang leher dan kepala dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said ditembak di bahagian perut dan lengan. Kedua-duanya dilaporkan meninggal dunia.
Seorang lagi mangsa Kpl Mohd Hasif Bin Roslan terkena tembakan sedang dirawat di zon merah Hospital Sultan Ismail Johor Bahru.
Penyerang dikenali sebagai Radinromyullah Bin Radin Imran ditembak Mati dilokasi kejadian. Senjata yang dirampas (1) Pistol Walther P99, (1) HK MP5 dan sebilah parang.
Siasatan lanjut masih dijalankan.
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.