1 min read

Serangan Balai Polis Ulu Tiram tiada kaitan mana-mana kumpulan-Menteri

This post has already been read 1453 times!

Suspek utama yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram Johor Baharu pada Jumaat 17 Mei 2024 menyebabkan kematian dua anggota polis didapati tidak mempunyai motif atau agenda yang lebih besar kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasutian Ismail.

JOHOR BAHRU, 18 Mei — Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (kanan) semasa sidang media berkenaan kes serangan Balai Polis Ulu Tiram di Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor hari ini.
Turut hadir Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.
–fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

Beliau berkata kesimpulan itu diperolehi selepas pihak Polis Diraja Malaysia PDRM selesai menemubual sejumlah 46 individu yang dipanggil bagi membantu siasatan termasuk lima ahli keluarga penyerang yang kini berada dalam tahanan polis.

Sidang akhbar Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail juga telah menjawab kegusaran awam samada jenayah ini terancang ataupun adakah penyerang ataupun suspek utama itu bergerak sendirian.

Datuk Seri Saifuddin memberi jaminan bahawa ketenteraman dan keselamatan awam menjadi keutamaan polis. Masyarakat awam perlu menghentikan sebarang spekulasi dan beri ruang kepada pihak polis untuk melengkapkan siasatan.

Datuk Seri Siafuidak membuat spekulasi berkaitan dengan perkara ini kita tunggu dulu sebarang laporan terkini berkaitan dengan insiden ini akan kami bawakan

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   Fail-Mahkamah Inspektor Polis tembak mati isteri sedang hamil 2 bulan