Cuba lihat pada bahagian bawah geran kenderaan anda. Perhatikan satu ayat yang tertera bahawa hak milik kenderaan tersebut dituntut oleh Bank pinjaman anda??
Soalan:
Apa yang perlu anda lakukan sekarang??
Jawapan:
Anda perlu batalkan tuntutan Bank pinjaman itu dengan kaedah E-Batal.
Maksud E-Batal adalah kenderaan tersebut masih menjadi hak milik bank atau pemberi pinjaman kewangan. Jadi, kenderaan tersebut secara perundangan bukanlah hak milik anda sepenuhnya lagi.
Bagi mendapatkan hak anda sebagai pemilik penuh kenderaan terbabit, langkah penting adalah dengan menghapuskan status tuntutan dari Bank memberi pinjaman.
Urusan menyelesaikan hak milik dari pemberi pinjaman dipanggil E-Batal. Syarat utama untuk E-Batal adalah PINJAMAN HENDAKLAH Dilunaskan SEPENUHNYA.
Cara-caranya:
1) Selesai sahaja pembayaran terakhir, anda akan diberikan geran asal oleh syarikat kereta yang anda berurusan.
2) Dapatkan surat pelepasan dari Bank peminjam untuk meneruskan prosedur pembatalan tuntutan bank di JPJ.
3) Anda perlu hadir ke cawangan JPJ berhampiran untuk membatalkan tuntutan Bank peminjam itu.
4) Di cawangan JPJ tersebut juga, geran anda akan tertera cop E-Batal.
Selepas geran tersebut telah di cop, kereta tersebut telah menjadi milik anda sepenuhnya.
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.