This post has already been read 3084 times!

Polis mengedarkan lakaran wajah dipercayai suspek terbabit dalam serangan asid terhadap Bintang Selangor FC Faisal Halim.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razaruddin Hussin berkata orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat berkaitan individu berkenaan diminta untuk tampil bagi membantu mengesan suspek yang menyerang pemain kebangsaan itu.

Beliau suspek dianggarkan berusia 30-an berketinggian.165 cm, tubuh bersaiz sederhana dan kulit saur matang.

Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu berwajah seperti lakaran diminta menghubungi pegawai penyiasat kes atau tampil ke balai polis berhampiran.

Menurutnya, orang ramai boleh berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bahagian Pendakwaan Undang-undang (D5), Inspektor Jagachandaran Murugesen di talian 0125848166 atay 0322666071.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   Perlawanan terpaling popular Harimau Malaya dan Korea Selatan
Perlu Bantuan?
ms_MYMalay