This post has already been read 2005 times!

Polis New York menemui kanak-kanak lelaki yang berusia 2 tahun dalam sangkar di sebuah rumah dalam keadaan berlumuran najis dan mengalami beberapa patah tulang.

Polis Negeri New York menahan ibu kanak-kanak berusia 24 tahun itu dan akan dituduh kesalahan pengabaian serta penderaan keatas kanak-kanak.

Sangkar tempat kanak-kanak dikurung

Polis melaporkan bahawa mereka mengetahui tentang keadaan kanak-kanak itu semasa melawat rumah berkenaan pada 4 Februari 2024 untuk menyampaikan waran tangkap jenayah terhadap wanita berkenaan berhubung satu kes jenayah berasingan.

Semasa berada di rumah, penyiasat menemui kanak-kanak berusia 2 tahun itu di dalam bilik tidur di dalam “kandang besi”.

Katilnya penuh air kencing dan najis. Juga ditemui beberapa tulang ayam. Kanak-kanak itu dibawa ke hospital kanak-kanak untuk rawatan lanjut.

Pemeriksaan Doktor mendapati kanak-kanak berkenaan ditumbuk sehingga patah 16 tulang . Terdapat kesan lebam dimuka dan beberapa bahagian badan.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   Bot Loceng untuk tugasan dasar sungai tanpa basah
Perlu Bantuan?
ms_MYMalay