Muka hadapan akhbar The New Straits Times

Penculikan, rogol dan pembunuhan Penganalisa Teknologi Maklumat Canny Ong pada 13 Jun 2003, adalah antara kes berprofil tinggi yang menggemparkan negara. Canny yang ketika itu berusia 29 tahun, nama penuh Canny Ong Lay Kian, pulang dari Amerika Syarikat untuk melawat bapanya yang menghidap kanser, Ong Bee Jeng.

Dia diculik dari tempat letak kereta sebuah pusat membeli-belah di Bangsar. Penganalisis IT yang bekerja di Amerika Syarikat baru selesai majlis makan malam perpisahan bersama ibu, kakak dan rakannya di pusat membeli-belah itu. Dia dijadualkan pulang ke AS keesokan paginya. Selepas mengucapkan selamat tinggal, Canny, ibunya (Pearly Visvanathan) dan kakak (Elsie Ong Lee Cheng), dia menyedari bahawa mereka telah meninggalkan tiket parkir di dalam kereta.

Canny bergegas untuk mendapatkan tiket dari kereta di ruang bawah tanah pusat membeli-belah berkenaan, dan itulah kali terakhir ibu dan kakaknya melihatnya.

Setelah menunggu lama, ibu dan kakaknya mula mencarinya tetapi sia-sia. Apabila diperiksa di kawasan parkir, tiada kesan Canny atau Proton Tiara berwarna ungu milik Pearly. Bersama beberapa rakannya, ibu dan adik perempuan itu meminta bantuan daripada pengawal keselamatan dan mereka dibenarkan menyemak rakaman kamera televisyen litar tertutup. Video menunjukkan kereta itu dipandu keluar oleh seorang lelaki tidak dikenali dengan laju dan merempuh penghadang di pintu keluar.

Polis Forensik menyiasat tempat kejadian di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur, pada 2003. -NSTP/Gambar Fail

Tiga hari kemudian, kereta itu ditemui ditinggalkan di Taman Petaling dan beberapa jam kemudian, mayat seorang wanita yang hangus ditemui dalam pembentung ditapak pembinaan Lebuhraya Pantai Baru di Batu 7 Jalan Klang Lama, selepas pekerja binaan menghidu bau busuk dari kawasan itu.

Dua tayar berisi simen diletakkan badan, sebelum ia dibakar. Papan selebar setengah meter diletakkan di atas bukaan pembetung.

Dilaporkan bahawa Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Petaling Jaya ketika itu Superintendan Ahmad Razil Yaakub berkata pengecaman positif mayat itu sukar pada peringkat itu dan hanya boleh ditentukan dengan ujian DNA. Beliau berkata polis bagaimanapun tidak menolak kemungkinan Canny yang telah berkahwin dengan warga AS, Brendon Ong. Tiga hari selepas mayat hangus ditemui, pembersih kabin pesawat, Ahmad Najib Aris, 27, ditahan di rumahnya di Pantai Dalam di sini. Dia didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada 3 Julai.

Perbicaraan 2005, yang diberi publisiti meluas, mengejutkan negara dengan butiran mengerikan mengenai penculikan, rogol, pembunuhan dan pembuangan mayat Canny ke dalam lubang sebelum dibakar.

Pada 23 Feb 2005, Mahkamah Tinggi Shah Alam mensabitkan Najib atas tuduhan merogol dan membunuh Canny dan menjatuhkan hukuman mati bagi pembunuhan itu dan penjara 20 tahun.

Pada tahun 2007, Mahkamah Rayuan menolak rayuannya. Pada 27 Mac 2009, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman mati atas kes rogol dan pembunuhan Canny.

Pada 21 Okt tahun yang sama,dia gagal mendapatkan kebenaran Mahkamah Persekutuan untuk menyemak sabitan dan hukuman mati.

Pada 23 Sept 2016, dia dihukum gantung di Penjara Kajang, membawa penutupan 13 tahun selepas kes itu.

Susulan kes Canny, semua pusat membeli-belah di Lembah Klang disyaratkan menyediakan parkir khusus wanita yang dikawal berhampiran pintu masuk untuk keselamatan pemandu wanita berseorangan.

Banyak pusat membeli-belah memasang juga disyaratkan memasang kamera CCTV atau menambah baik CCTV mereka kepada definisi yang lebih tinggi. Di sesetengah bangunan, butang panik dipasang untuk mengelakkan kes sebegitu berulang. Bahagian parkir biasanya dikawal oleh anggota keselamatan.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

advanced-floating-content-close-btnForum link.
advanced-floating-content-close-btn
advanced-floating-content-close-btnKlik Lazada