Suspek pertama disahkan tidak terbabit simbah asid

This post has already been read 2026 times!

Kemaskini 2:32 petang 7 May 2024

Suspek pertama kes serangan simbah asid keatas pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim yang ditahan Ahad lalu, didapati tiada kaitan dengan kes berkenaan.

Faisal Halim mangsa simbah asid di Kota Damansara

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan menjelaskan, hasil siasatan polis mendapati suspek sebenar kes itu menunggang motosikal menggunakan nombor pendaftaran palsu, nombor yang sama dengan nombor pendaftaran motosikal suspek pertama.

“Suspek pertama bagaimanapun akan ditahan semula selepas tamat reman kerana ujian saringan air kencing ke atasnya mendapati dia positif dadah,” katanya.

Berkenaan suspek kedua pula, Datuk Hussein berkata, suspek diberkas di Bandar Baru Bangi itu akan direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan. “Hasil penahanan suspek kedua ini yang berusia lewat 30-an, polis merampas sebuah telefon bimbit bagi membantu siasatan,”

Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 20 tahun, denda dan sebatan jika sabit kesalahan.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   Siput babi api ditemui di kawasan Pergunungan Semenanjung Malaysia