Kes pembunuhan anak autisma Zayn Rayyan ibubapa ditahan untuk siasatan

This post has already been read 1882 times!

PETALING JAYA 1 Jun 2024 Polis menahan Ibu dan bapa kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang meninggal dunia akibat dibunuh dalam kejadian di Damansara Damai, 5 Disember 2023. Penahanan dilakukan pada hati Jumaat 29 Mei 2024 di sekitar Puncak Alam kira-kira jam 11 pagi.

Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6 anak autisma yang tidak boleh bertutur kecuali menyebut perkataan ayah dan ibu sahaja

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi mengesahkan berkaitan penahanan berkenaan.

Pada 6 Disember lalu, Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai pada jam 10 malam.

Mayat mangsa ditemui oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencarinya.Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang di kawasan kediamannya sebelum ditemui terbaring di tebing sebatang sungai yang jaraknya kira-kira 200 meter dari blok kediamannya.

Polis mengesahkan mangsa dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan beberapa kesan kecederaan pada leher dan tubuh yang mempunyai kaitan akibat perbuatan jenayah.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   Pertandingan Video Tiktok Anjuran Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM)