Rogol kawan sehingga melahirkan anak

This post has already been read 3279 times!

MUAR: Seorang pembantu kedai mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap pertuduhan merogol kenalannya yang berusia 14 tahun hingga melahirkan bayi, Januari tahun 2023.

Tertuduh berusia 19 tahun membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaaan dibaca jurubahasa di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Abu Bakar kemudian mengarahkan tertuduh menjalani hukuman di Sekolah Henry Gurney di Melaka sehingga usianya mencecah 21 tahun. Mahkamah membuat keputusan itu berikutan kejadian rogol berlaku ketika tertuduh masih bawah umur iaitu 17 tahun tiga bulan.

Dalam prosiding itu, Abu Bakar juga menasihatkan tertuduh supaya berubah selepas menjalani hukuman memandangkan dia masih muda. “Selepas jalani hukuman ini, pergilah jenguk anak itu.

Kamu kena ingat, dia tetap anak kamu kerana DNA sepadan dengan kamu. “Kamu juga diarahkan menjalani pengawasan polis selama setahun sebaik selesai menjalani hukuman mengikut Seksyen 27 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya.

Mengikut pertuduhan, anak bongsu daripada enam beradik itu didakwa merogol kenalannya berusia 14 tahun ketika kejadian di rumahnya di Batu Pahat, sekitar jam 5 petang, Januari tahun 2023.

Mangsa dilaporkan telah melahirkan bayi lelaki pada 14 Oktober 2023 dan kini berusia lapan bulan.

Bayi terbabit kini dalam jagaan kakak mangsa yang turut dijadikan anak angkat.

Kejadian rogol itu terbongkar apabila seorang guru kelas mangsa curiga melihat perubahan fizikal sebelum mengajukan perkara itu kepada ibu bapanya.

Namun, ibu bapa mangsa pada mulanya tidak percaya malah menyangka anaknya mengalami masalah kesihatan di perut.

Pada 21 Ogos tahun 2023, mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), Batu Pahat untuk menjalani pemeriksaan dan doktor mengesahkan dia sudah hamil 23 minggu ketika itu.

Baca Juga   JKM memperkenalkan kaedah QRKod permohonan sambungan bantuan

Terdahulu, Penolong Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Batu Pahat, Faezah Ajmain turut membentangkan laporan sosial tertuduh kepada mahkamah.

Berdasarkan laporan dibentangkan JKM, tertuduh sebelum ini pernah disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 3 (1) (1) Undang-Undang Kecil 2021 dan dikenakan hukuman denda RM1,500.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir manakala tertuduh diwakili Amalia Marsita Hamdan daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Tertuduh berusia 19 tahun membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaaan dibaca jurubahasa di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

-Buletin TV3

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.