Cara beli barangan dapur SARA 2024 untuk kedai MyKasih di seluruh negara.
![](https://alhadi.my/wp-content/uploads/2024/01/fb_img_17061366252226857675584101357545-478x1024.jpg)
Antara kedai runcit untuk menebus MyKasih bantuan Sumbangan Asas Rahmah ialah 99 speedmart, lotus, pasar raya, giant dan pasar mini.
Cara tebus barangan dapur SARA di kedai 2024 ialah:
1) Pilih barangan keperluan
2) Tunjuk myKad untuk pengesahan
3) Imbas kod barangan
4) Bayar menggunakan myKad dengan memasukkan nombor pin 6 digit untuk sahkan transaksi pembelian
7) Simpan resit untuk semakan
13 Jenis Barang Sumbangan Asas Rahmah 2024
Penerima SARA 2024 boleh tebus 13 jenis barangan seperti:
Barang Sekolah
Ubat
Produk Kebersihan
Bahan Perasa
Makanan Dalam Tin
Minuman Dalam Tin
Minuman
Mi Segera
Biskut
Tepung
Minyak Masak
Telur
Roti
Beras
Tarikh Bayaran SARA 2024
Semenanjung Malaysia – Penerima SARA akan terima bantuan berjumlah RM100 dan RM50 setiap bulan bagi tempoh masa 12 bulan bermula Januari hingga Disember secara automatik ke dalam mykad.
Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan – Bayaran RM600 dan RM300 dua kali setahun pada 19 Februari dan 12 Ogos 2024 mengikut akaun bank dan secara tunai sama seperti bayaran STR 2024.
Maklumat Lanjut
Layari https://mykasih.com.my/
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.