1 min read

Wanita maut dikelar suami di Klang disiasat seksyen 302 hukuman gantung sampai mati

This post has already been read 1778 times!

Isteri maut dibunuh suami sendiri dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Bandar Botanik, di Klang, Selangor pada pagi Jumaat 8 Jun 2024.

SHAH ALAM: Seorang wanita warga tempatan maut dipercayai dibunuh suami sendiri dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Klang, Selangor pada Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong berkata mangsa berusia 28 tahun ditemukan dalam keadaan terbaring di atas katil dengan kesan kelar di leher dan tangan kanan.

“Polis menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 7.58 pagi, 7 Jun lalu daripada adik suspek yang melaporkan abangnya telah melakukan perbuatan membunuh.

“Siasatan awal mendapati suspek dan mangsa mempunyai masalah rumah tangga sejak perkahwinan mereka dua tahun lalu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Cha berkata bedah siasat terhadap mangsa mendapati terdapat 12 luka hiris dan luka kelar di beberapa bahagian anggota badan seperti telinga, pipi, dagu, leher, bahu, lengan, jari manis dan kelingking serta kepala.

Katanya polis percaya punca kematian mangsa yang mempunyai seorang cahaya mata berusia enam bulan itu, disebabkan luka kelar pada bahagian leher yang memotong saluran pernafasan dan tulang leher.

Cha berkata suspek berusia 31 tahun yang bekerja sebagai pemandu lori itu diberkas pada hari sama telah direman tujuh hari, bermula semalam hingga 14 Jun nanti.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   Rangka disahkan milik Muhammad Shafiq Salihin