1 min read

Tiada pengakuan bersalah daripada ibu Zayn Rayyan – Peguam

This post has already been read 1399 times!

12/6/2024 – “Ibu Zayn Rayyan tidak buat sebarang pengakuan bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, tetapi dia hanya merekodkan keterangan berhubung kejadian yang berlaku,” kata peguam, Mahmud Jumaat.

Beliau mendakwa, majistret turut merekodkan bantahan peguam terhadap permohonan polis untuk mendapatkan pengakuan wanita berusia 29 tahun itu, mengikut Seksyen 26(1) Akta Keterangan 1950.

Ibu Zayn yang memakai baju lokap berwarna ungu, dibawa ke mahkamah dan memberi keterangan selama satu jam.“Mahkamah juga mendengar permohonan polis, ambil keterangan anak guam kemudian merekodkan bantahan kami, itu sahaja yang berlaku pada hari ini.

Bagaimanapun tiada pengakuan bersalah , Sesi hari ini lebih kepada memberi keterangan di hadapan majistret,” katanya.Beliau berkata, jika pengakuan bersalah direkodkan, kenyataan wanita itu boleh digunakan di mahkamah kelak.

Pagi tadi, hanya ibu kepada Zayn Rayyan Abdul Matiiin, 6, yang direman sejak 1 Jun lalu bagi membantu siasatan kes bunuh kanak-kanak autisme itu, dibawa untuk merekodkan keterangan selepas dilihat meninggalkan Kompleks Mahkamah di sini, pada jam 12.50 tengah hari, pada Rabu.

Laporan Sinar Harian

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   Kes buli siber menyebabkan kematian 2 dihadapkan ke mahkamah