Kes simbah asid Azri Abdullah apa ceritanya.

This post has already been read 2690 times!

Kes simbahan asid adalah satu jenayah yang menimbulkan kebimbangan serius dalam masyarakat.

Kes-kes seperti ini bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal yang teruk tetapi juga meninggalkan kesan psikologi yang mendalam kepada mangsa dan keluarga mereka.

Pada 22 Disember 2010, satu kejadian telah menggemparkan Malaysia apabila seorang lelaki bernama Azri Abdullah telah disimbah asid oleh keluarganya sendiri. Tragedi tersebut telah berlaku di rumahnya yang terletak di kampung Jarak Atas Tasik Gelugor Pulau Pinang.

Kejadian tercetus ekoran berebutkan geran motosikal arwah suami, seorang ibu berusia 58 tahun sanggup menyimbah asid ke atas anak lelakinya Azri Abdullah.

Mangsa dikhabarkan telah cedera di seluruh muka, kedua-dua tangan dan dada. Yang paling menyedihkan.Azri Abdullah mengalami buta seumur hidup, ekoran kejadian ngeri yang menimpa dirinya.

Anizah Abdullah yang juga adik perempuan Azri berkata, sebelum kejadian, Azri datang ke rumah ibunya untuk mendapatkan geran motosikal milik bapa mereka yang meninggal dunia pada Ogos 2010 selain membincangkan mengenai harta keluarga.

Anizah yang kebetulan datang ke rumah ibunya terkejut apabila melihat keadaan abangnya yang meraung kesakitan akibat disimbah asid sambil meminta pertolongan ibu saudara yang tinggal bersebelahan rumah ibu mereka.

Menurut Azri, dia telah disimbah asid apabila cuba mengintai ke arah dalam rumah ibunya dan disaat dia menjerit pertolongan, ibu dan adik Azri langsung tidak mengendahkan keadaan Azri.

Adik laki-laki terus pegang satu bekas berisi asid di simbah dari dalam rumah.

Anizah turut mengatakan bahawa dia tidak nampak kelibat ibu serta adiknya di rumah kerana mereka dipercayai sudah melarikan diri.

Pada hari kejadian polis mengambil langkah pantaslalu menahan ibu dan adik lelaki mangsa.dan kedua-dua mereka direman selama seminggu bagi membantu siasatan.

Baca Juga   CCTV pura pura solat sebelum umpil pintu masjid

Pada 25 Mac 2015 tertuduh didakwa mengikut seksyen 326 kanun keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan parah ke atas mangsa.

Namun apa yang memilukan apabila hakim Julieleck Abdullah melepaskan dan membebaskan tertuduh daripada pertuduhan tanpa perlu dipanggil bela diri selepas pihak pendakwaan gagal untuk membuktikan kes primafacci pada akhir pendakwaan.

Keputusan ini mendapat tentangan kuat oleh Azri sendiri yang mahukan pembelaan sewajarnya selepas buta kedua-dua mata dan cacat kekal akibat kejadian tersebut.

Peguam Azri, Anbananthan Yathiraju berkata, menyedari perkara itu dia kemudian menghantar surat kepada pejabat peguam negara supaya dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar membuka semula kes itu.

Hasilnya suspek kes itu dituduh di Mahkamah Sesyen Butterworth pada 25 Mac 2015. Selepas pertuduhan dilakukan hakim kemudian memutuskan 23 April 2015 sebagai tarikh sebutan semula kes.

Sehingga kini belum ada sebarang perkembangan berkenaan kes ini.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.