Tikam isteri depan anak, seorang lelaki ditahan

This post has already been read 1525 times!

IPOH 12 Jun 2024 Polis menahan seorang lelaki berusia 56 tahun yang dipercayai menikam isterinya dalam kejadian di Laluan Simee Sebelas, Kampung Simee dekat Ipoh Perak. Kejadian berlaku sekitar jam 8 pagi.

Suspek ditahan Polis

Lelaki berkenaan ditahan jam 10 pagi kira-kira 30 minit selepas polis menerima makluman orang awam yang menemui mangsa terbaring tidak sedarkan diri di rumahnya.

Mangsa berusia 48 tahun ditemui terbaring berlumuran darah dengan tiga kesan tikaman di bahagian dada dan kecederaan di bahagian kepala.

Anggota polis mengangkat mayat mangsa yang dipercayai dibunuh ketika berlaku pertengkaran di Kampung Simee, Ipoh

Siasatan kes dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dengan niat.

Difahamkan, sebelum kejadian, berlaku pertengkaran antara mereka yang turut disaksikan anak perempuan pasangan itu yang berusia 12 tahun.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   Rangka disahkan milik Muhammad Shafiq Salihin