Yoodo mengumumkan akan menamatkan jenama dan perkhidmatan dibawah mereka berkuat-kuasa 29 Ogos 2024.

Menurut Yoodo, mulai 19 Jun 2024, mereka tidak lagi akan menerima permohonan dan pengaktifan baharu. Selepas tarikh berkenaan, pengguna akan diberikan pilihan untuk beralih ke syarikat telekomunikasi pilihan pengguna, menamatkan servis Yoodo, atau meneruskan pelan sedia ada dengan CelcomDigi.

Pelan Yoodo ini akan menjadi sebahagian daripada penawaran CelcomDigi Prepaid 5G selepas 29 Ogos 2024 kelak. Ini sekaligus akan membolehkan pengguna kekal menggunakan pelan sedia ada, dan turut membawa baki kredit ke pelan CelcomDigi.

Bagi anda yang tidak ingin meneruskan talian dibawah pelan CelcomDigi, maka anda boleh memilih untuk pindah keluar ke talian lain, atau menamatkan talian sepenuhnya.

Pengguna yang mempunyai baki kredit turut boleh memohon pulangan kembali melalui laman khusus yang disediakan Yoodo.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

advanced-floating-content-close-btnForum link.
advanced-floating-content-close-btn
advanced-floating-content-close-btnKlik Lazada