Hari ini 107 tahun yang lalu, Raja George V menukar nama keluarganya Saxe-Coburg dan Gotha kepada Windsor.

Sebelum 1917, Keluarga Diraja British tidak mempunyai nama keluarga, tetapi hanya nama ‘House’ atau dinasti keturunan mereka (contohnya House of Lancaster, House of York).

Raja dan Permaisuri secara tradisinya hanya menggunakan nama pertama (contohnya Raja Richard I, Ratu Elizabeth I).

Dilahirkan pada 1865, George V merupakan anak Raja Edward VII dengan Alexandra of Denmark. Edward VII adalah salah seorang daripada 9 anak hasil perkahwinan Ratu Victoria dengan Putera Albert Saxe-Coburg dan Gotha dari Jerman.

Alexandra pula puteri kepada Raja Denmark Christian IX.Tatkala tercetusnya Perang Dunia I pada musim panas 1914, sentimen anti-Jerman yang membuak dalam kalangan rakyat Britain membangkitkan rasa tidak senang terhadap Keluarga Diraja tentang darah Jerman mereka.

Maharaja Jerman, Kaiser Wilhelm II yang berperang dengan Britain itu adalah sepupu George V, juga salah seorang cucu Ratu Victoria. Malah isteri George V, Permaisuri Mary of Teck juga adalah berketurunan Jerman daripada ayahandanya, Count Francis von Hohenstein.Maharaja terakhir Rusia,

Tsar Nikolai II juga adalah sepupunya. Kerana tidak mahu lagi dikait dengan keturunan Jermannya ketika perang sedang memuncak, George menolak permohonan suaka daripada Nikolai II selepas beliau digulingkan dalam Revolusi Rusia pada Mac 1917.

Lantas pada 19 Jun tahun itu, George V secara rasmi membuang nama keluarganya Saxe-Coburg dan Gotha serta segala kaitan dengan Mahkota Jerman & Keluarga Diraja British mula memakai nama Windsor, sempena Istana Windsor yang menjadi kediaman diraja House of Windsor sejak kurun ke-11.

Sumber:

History, Royal UK

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

advanced-floating-content-close-btnForum link.
advanced-floating-content-close-btn