Ciptaan Liquid Paper dari dapur Ibu Tunggal akhirnya menguasai Dunia

  • Post author:
  • Post category:Info

This post has already been read 122 times!

Bette Nesmith Graham seorang wanita ditimpa pelbagai kesempitan hidup.

Ciptaan Bette kekal hingga sekarang

Selepas Perang Dunia ke-2, hidupnya bertambah malang bila perkahwinannya berakhir dengan penceraian.

Demi untuk meneruskan kelangsungan hidup dan membesarkan anak tunggalnya, Bette belajar menaip.

Bette Nesmith Graham bersama anak lelaki tunggal

Dia mendapat kerja sebagai setiausaha di sebuah syarikat.Ketika menaip, Bette sering tersalah taip. Dia sering berfikir bagaimana untuk membetulkan kesalahan huruf yang ditaipnya itu.

Suatu hari, Bette mendapat idea. Menggunakan mesin pengisar di dapur rumahnya, Bette mengadun serbuk pewarna dengan bahan-bahan tertentu hingga menghasilkan sejenis cecair putih likat dan dimasukkan ke dalam botol kecil lalu dibawa ke pejabatnya.

Bila ada kesalahan pada huruf ditaipnya, Bette akan mencelup berus kecil ke dalam botol itu lalu disapukan pada huruf yang salah tadi.

Cara yang dipraktikkan Bette berjaya. Ia turut jadi perhatian rakan-rakan pejabatnya.

Lalu, rakan-rakannya mula menempah botol cecair putih ciptaan Bette.

Bette menggunakan botol berlabel ‘Mistake Out’.Idea yang bermula dari dapur rumahnya pada tahun 1951 mula berkembang.

Permintaan terhadap produk cecair pemadam yang dihasilkan Bette kian meningkat.

Dapur rumahnya sudah jadi seperti kilang pemprosesan.

Bette kemudian menubuhkan syarikat ‘Mistake Out Company’ pada tahun 1956.

Siang hari, dia bekerja. Pada waktu malam dan hujung minggu, Bette memberi perhatian terhadap perniagaannya. Dia dibantu oleh anak lelaki tunggalnya yang mengisi cecair putih itu ke dalam botol-botol kecil.

Masa Bette sangat terhad sehingga suatu hari, dia diberhentikan kerja.

Itu memberi peluang untuk Bette menumpukan perhatian terhadap perniagaannya.

Dia menukar nama produk yang di patennya daripada ‘Mistake Out’ menjadi ‘Liquid Paper’.

Jualannya kian meningkat hingga mencecah jutaan dolar.

Baca Juga   Anjing Pintar Membeli Makanan kegemaran guna daun

Tahun 1968, Bette sudah memiliki pejabat sendiri dan menggaji 19 orang pekerja.

Dia juga memiliki mesin dan peralatan yang mampu mengeluarkan 500 botol dalam masa satu minit.

Tahun itu saja, produk ‘liquid paper’ berjaya terjual hingga satu juta unit.

Tahun 1975, Bette sudah mempunyai bangunan pejabat sendiri berpangkalan di Dallas Amerika Syarikat.

Tahun 1976, Liquid Paper Corporation sudah mampu memasarkan sehingga 25 juta buah botol setahun yang memberi keuntungan bernilai jutaan dolar.

Idea Bette dari dapur mengubah hidupnya dari sukar kepada kejayaan.

Bette meninggal dunia pada tahun 1980, enam bulan setelah dia menjual syarikat yang diasaskannya itu kepada Gillette Corporation pada nilai 47.5 juta dolar.

Semuanya bermula dari dapur rumahnya yang kecil, kemudian berkembang menjadi penemuan hebat tanpa disangka-sangka.

Botol ‘liquid paper’ itu kecil saja, namun digunakan meluas di serata dunia.

Liquid Paper ialah lambang usaha seorang ibu tunggal yang terdesak untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.