Pukul bini sebab terbongkar kecurangan

This post has already been read 3044 times!

Polis mengesahkan menerima laporan daripada mangsa pergaduhan melibatkan pasangan suami isteri di sebuah hotel di Port Dickson pada 24 Mei 2024 lalu. Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendent Adisham Mohamad berkata kejadian dipercayai berpunca daripada lelaki terbabit yang curang dan tidur di hotel berkenaan.

Superintendent Adisham Mohamad

Katanya, pihak polis mendapat maklumat mengenai video tular berdurasi 0.31 saat jam 3.petang semalam 19 Jun 2024 video yang tersebar di media sosial itu memaparkan pasangan berusia 37 dan 38 tahun bergaduh di sebuah hotel, katanya. Isteri lelaki itu dikatakan baru habis berpantang pergi sendiri ke bilik suaminya di hotel itu sebelum terjadi pergaduhan.

Dalam kejadian pada 9.50 pagi itu mangsa seorang perempuan melayu cedera dipipi dan lebam di beberapa anggota badan.

Kes disiasat dibawah akta keganasan rumahtangga.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   Air Kencing antara ribuan di bahu jalan LTU