Fail Mahkamah – kes culik paksa kahwin mirip lakonan Filem Labi-labi

This post has already been read 798 times!

Kisah dalam filem labi-labi perkahwinan paksa antara Haji Bakhil dengan Cikgu Murni rupanya mirip satu kes Mahkamah Wahab Culik Junaidah yang berlaku di Kuala Terengganu pada 1 November 1995 kira-kira jam 7:30 pagi.

Junaidah bersama tiga rakan dalam perjalanan ke tempat kerja pada pagi 1 November 1995. Secara tiba-tiba datang sebuah kereta berhenti dan seorang lelaki keluar dan terus mengheret Junaidah ke dalam kereta.

Tiga rakan Junaidah dengan segera melaporkan kepada polis. Kecekapan polis telah berjaya ditahan dikawasan Sungai Tong, penculiknya dan 2 rakan lagi berjaya diberkas. Junaidah berjaya dibebaskan.

Kes dibicara di Mahkamah Seksyen Kuala Terengganu .

Wahab Osman 42 tahun telah dituduh menculik seorang remaja perempuan yang bernama Junaidah Haron 19 tahun ketika Junaidah dalam perjalanan ke tempat kerja. Wahab telah mengugut untuk membunuh Junaidah jika tidak mahu berkahwin dengannya.

Wahab terlalu terdesak sehingga bertindak memaksa Junaidah berkahwin dengan dan ada rancangan untuk melarikan Junaidah ke Thailand.

Mahkamah Sesyen telah menjatuhkan hukuman penjara selama tempoh lima tahun ke atas tertuduh berkuat kuasa dari tarikh hukuman iaitu pada 9 Julai 2001.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   Hasrat merantau mencari pekerjaan berakhir dengan dirogol dan dibunuh