This post has already been read 1598 times!

(1975-1998) Sejarah Bas Mini mula beroperasi di pelbagai laluan sekitar Kuala Lumpur serta Lembah Klang pada 23 September 1975. Bas Mini kebiasaannya dilengkapi dengan 20 hingga 30 tempat duduk dan tidak memiliki jadual perjalanan yang tetap.

Bas-bas berkenaan dicat dengan warna asas merah jambu berserta jalur putih pada bahagian tepi. Tetapi, ada juga yang dicat warna lain seperti biru-putih, kuning-putih, merah-putih, ungu-putih dan hijau tua-putih, berpandukan laluan bas masing-masing.

Jadi bagaimana Bas Mini berfungsi? Perkhidmatan Bas Mini dijalankan berasaskan komisen dan pengusaha perkhidmatan akan dibayar mengikut jumlah kutipan tambang.

Siapa sangka, individu paling sibuk sebenarnya ialah ‘konduktor’ bas. Dengan papan tiket di tangan, konduktor akan bertanya “siapa belum bayar?” “turun mana?” Duit kecil juga kena disediakan siap-siap untuk naik Bas Mini.

Bila nak turun tu, konduktor akan berkata “tunjuk tiket”. Muka garang, tapi hati baik siapa tahu. Tambang memang murah, ada yang semurah 50-60 sen sahaja, tapi padat macam sardin. Walaupun dah penuh, pemandu masih berhenti untuk mengambil penumpang.

Bas Mini nombor 55 adalah antara nombor Bas Mini yang terkenal kerana melibatkan laluan Pantai Dalam, Brickfields, ‘Bus Stand Klang’, Kota Raya, Chow Kit serta Globe (ketika itu, Pasaraya Globe Silk Store).Naik Bas Mini, tak lain tak bukan, mesti pernah rasa gelabah bila nak tekan loceng tu. Sebabnya tak boleh awal sangat dan tak boleh lewat sangat. Bagaimanapun, perkhidmatan Bas Mini telah dihentikan pada 1 Julai 1998 kerana perkhidmatan bas henti-henti yang lebih moden dan selesa telah mendapat sambutan ramai penumpang.

#BasMini#Nostalgia90an

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

Baca Juga   Mosti kaji kebolehlaksanaan pembangunan tapak pelancaran ke angkasa lepas

 

Perlu Bantuan?
ms_MYMalay