Bukan semua pesalah menolak hukuman gantung sampai mati
1 min read

Bukan semua pesalah menolak hukuman gantung sampai mati

This post has already been read 2155 times!

‘Saya tak nak minta ampun, saya minta hukum gantung sampai mati’

Warga Singapura, Quah Tee Keon (tengah) di mahkamah Johor Bahru hari ini sambil diiringi dua pegawal penjara. – Foto NSTP/Izz Laily Hussein

JOHOR BAHRU: 17 Julai 2024 Seorang warga Singapura memohon Mahkamah Persekutuan yang bersidang di sini, hari ini mengekalkan hukuman gantung sampai mati.

Hukuman berkenaan yang dijatuhkan kerana kesalahan Quah Tee Keon, 56 membunuh teman lelaki isterinya pada 2013.

Quah Tee Keon, 56, juga turut didakwa menikam isterinya sehingga mendatangkan kecederaan dengan mengetahui tindakan itu boleh menyebabkan kematian.

Dalam kenyataan kepada mahkamah beliau menarik balik permohonan semakan hukuman gantung berkenaan. “Saya tak nak minta ampun, saya minta hukum gantung sampai mati sahaja. Terima kasih,” katanya.

Barisan panel hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang bersidang bersama Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nordin Hassan dan Datuk Hanipah Farikullah kemudian membuat keputusan membatalkan permohonan semakan itu sekali gus mengekalkan hukuman gantung sampai mati terhadap lelaki itu.

Quah yang diwakili peguam Bernard George ditahan selepas menyerah diri kepada polis di Kuala Lumpur pada 28 Oktober 2013.

Berdasarkan fakta kes, dia membunuh seorang lelaki bernama Ruan Chao Qiang yang juga warga China di sebuah kediaman di Taman Mawar Indah, Triang, Bera, Pahang kira-kira jam 3.30 pagi, 13 Oktober 2013.

Dia turut mencederakan isterinya menggunakan pisau sehingga menyebabkan wanita itu mengalami pelbagai kecederaan pada bahagian leher, tangan dan belakang badan di lokasi dan waktu sama.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ng Siew Wee.

Penafian
Baca Juga   Doktor dituduh hasilkan pornografi, amang seksual pesakit kanak-kanak

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.Â